Tips Urus Wang, Tak nak ikut pun takpe

Posted July 12th, 2017. Filed under logos

#Tips Urus Wang (untuk kategori paling susah nak menyimpan).
.
Selalunya orang yang ada masalah :

☑️Tiap tiap bulan dapat gaji habis.
☑️Duit Bonus habis.
☑️Duit overtime habis.
☑️Buat part time habis .
.
Konfem pening kan? Dah tu nak tunggu sampai bila nak cukupkan saving sendiri.
Ini Contoh simpanan bersih ( tak payah nak usik duit bayar bil, kereta, rumah, hutang bank, ptptn dan sbgainya).

Sebulan ada 30 hari .

Miz Nina cadangkan , Potong duit belanja makan harian (biasanya kalau di KL belanja makan sehari minimum RM 10) dan pandai pandailah disiplin ikut kekdah ni ;
1hb = RM 1
2hb = RM 2
3hb = RM 3
4hb = RM 4
5hb = RM 5
6hb = RM 6
7hb = …..
.
Dan seterusnya sampai la hujung bulan.
30hb = RM30
Jumlah akhir 30hb = RM 465
.
Kalau :
1 bulan = RM 465
2 bulan = RM 930
6 bulan = RM 2790
12 bulan = RM 5580
24 bulan = RM 11,160

.
AMARAN ⚠️
—————
Cara ni tak sesuai untuk yang bergaji RM5k-10k atau yang seangkatan dengannya.
Tapi kalau nak cuba ape salahnya. Dengar sekarang gaji besau pun tak boleh nak menyimpan. Maklumlah, ekonomi tak menentu sekarang. Bukan ape, kalau yang gaji besar tengok sebulan boleh simpan RM 400 je, konfem geli hati.
Nampak kecik je jumlah tu kan? Ok la dari tak de langsung. Tapi kalau nak nilai gandaan tu besar , boleh buat 1hb = RM 10. Cukup 30hb = RM300. So total akan dapat lebih besar la.

Cuma tips ni sesuai untuk yang bertahun tahun kerja, simpanan RM200 pun tak ada. Boleh start dari amount kecik. Buat yang termampu dulu.
Macam mana pun, Terpulang la kalau nak ikut, ikut. Tak nak ikut pun takpe 😉
Kaekdahnya, kalau nak simpan lebih banyak , buatlah kerja tambahan atau buat bisnes part time. Macam macam peluang tambah income ade sekarang.

by : Nina Azahari

Digi akan buat beg besar anda menjadi kecil!

Posted June 15th, 2017. Filed under logos

Selalu apabila menjelang hari raya pastinya iklan mengaitkan tentang cerita sedih. Tetapi kali ini Digi mengunakan pendekatan yang mendalam dalam iklan raya mereka. Kasih sayang tu tak ternilai dan bukan wang ringgit yang menjadi harapan ayah dan ibu. Pengorbanan kita sebagai anak balik ke pangkuan ibu dan ayah itu harapan mereka. Good job Digi! #digi

#digi

sumber video : youtube

X sampai 24 jam, 8 ribu

Posted June 15th, 2017. Filed under logos

 

Perpisahan kita hanya sementara…

17 jam, 8 ribu view … video raya alumni kumpulan media karangkraf

klik sini >> #ReunionRaya  untuk view

SATU JAM BRO!! TERBAIK

Posted June 9th, 2017. Filed under logos

Malaysia #QuranHour

“Satu jam, 10 juta orang membaca AL-QURAN serentak. Membentuk gelombang. Nikmatnya Ngaji & Tadabbur AL-QURAN.”

Mari kita bersama-sama meluangkan masa selama satu jam membaca AL-QURAN serentak secara bersendirian, berdua atau berkumpulan. Tidak kira di rumah, di sekolah, di pejabat, masjid, di R&R, taman atau mana sahaja.

Lokasi Perdana : Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya
Tarikh : 24 Ramadan 1438H
Masa : 12.00 tengah hari – 1.00 petang
Penyertaan : Seluruh Rakyat Malaysia dalam & luar negara

Trendingkan Malaysia #QuranHour. Upload gambar-gambar pada masa tersebut di Instagram, Twitter & Facebook anda.

Untuk maklumat lanjut, layari bit.ly/nationalquranhour1438h.

Ikuti kami di Facebook World #QuranHour & Instagram @worldquranhour.

Oleh:Editorial Karangkraf

Gaji korang berapa sejam?

Posted June 9th, 2017. Filed under logos

superstar bola sepak dunia cristiano ronaldo yang mewakili kelab terkenal dunia real madrid merupakan individu yang berpendapatan RM 366.5 juta dalam tempoh setahun. bapak banyak gila…

kalau nak kira pendapatan dia dalam sejam 360juta / 8760 jam = berapa ek .??? aku calculate 45,205.4795 …. 45k sejam je ape gaji mamat nie

kalu gaji kita ?
ape ape pun sebagai manusia kita harus lah bersyukur dengan apa yang ada… dan banyak kan bersedekah…

ok takat tu je lah..

sumber gambar : sinar harian

HAMDA : MUKA SAYA SENGET

Posted May 24th, 2017. Filed under logos

 

Coretan dari Hamda Mohamad

Perubahan sebelum dan selepas tak banyak mungkin saiz seluar je yang berubah, sebabnya masa 4 bulan pertama saya mmg insentif buat trapy dan berubat. Alahamdulillah muka saya yang senget dapat dibetulkan terus, ini adalah tips, sekiranya berlaku stroke terus urut dan betulkan muka,..
kalau tanya perubatan moden dia orang tidak berapa menyokong rawatan urut sebab pandangan dia orang otak yang rosak bukan urat…
tapi sebenarnya otak yang menghantar arahan kepada saraf, untuk pulih kita kena fokus kedua duanya iaitu pisio dan juga keupayaan otak sebab dia adalah bergantingan.
walaupun sekarang masih membuat rawatan, cuma tertumpu kepada keupayaan fizikal tahap tertinggi
perasaan…..
MULA KEJADIAN
mula mula kejadian tu mmg cemas, Allah sedarkan saya dari saat saya tidak bergerak hinggalah sampai ke hospital… Saya bersyukur kerana Dia berikan pengalaman untuk saya rasa dan tengok sendiri, sekiranya saya tidak sedar sudah pasti saya tidak tahu apa yang berlaku….
semasa dalam ambulan terasa sangat cemas…masa tu seluruh badan sebelah kiri tidak boleh bergerak, tapi saya yakin apabila nanti saya boleh bergerak ( kurangnya pengetahuan pasal stroke, buat andaian sendiri jee)
sampai di bahagian kecemasan saya relex je doktor pula yang cemas, saya mendengar setiap perbualan mereka… masa tu saya mula down, rasa gelap masa depan.
setelah selesai brain scan ( CT Scan) masih dalam wad kecemesan, doktor usahakan untuk melakukan opration otak….
masa tu saya redha dan berserah je pada kepandaian doktor sebab saya rasa tak ada harapan dan saya sangat berharap keadaan akan jadi seperti sediakala.
masa tu hari sabtu lebih kurang pukul 5 pagi dan saya dengar perbualan mereka tiada pakar bedah otak dekat putrajaya dan mereka kena merujuk HUKM, untuk dapatkan pakar HUKM juga sedikit masalah sebab pakar cuti sabtu dan ahad jadi opration kena tangguh ……
lepas itu saya ditempatkan di wad, ( tadi di wad kecemasan)… saya telah dipakaikan tiub untuk ke saluran kencing dan dipakaikan pampas……perasaan saya masa tu hanya tuhan je yang tahu… bermula detik itu saya berdoakan semoga Allah saya tidak mahu kencing ikut tiub dan berak menggunakan pampas, saya nak dalam keadan bersih dan suci sepanjang masa supaya saya dapat berdoa dalam keadaan suci dan bersih “sepanjang masa” dan saya ingin solat walaupan saya terbaring masa itu….
saya tidak berhenti berdoa,… dan bila ingatkan anak anak masih kecil 11 tahun, 9 tahun 4 tahun dan 2 tahun membuatkan saya lebih cekal dan tidak putus putus berdoa… walaubagiman pun saya minta dari Allah dan berdoa untuk pulih dengan niat kerana Allah, saya ingin melakukan solat yang sempurna, mahu beribadah kepadanya dan mahu menunaikan / sempurnakan tanggungjawab yang diberikan sebagai ayah…
itu lah perasaan saya , …
Alahamdulillah, saya dapat urut kecemasan hari pertama itu juga, import tukang urut dari kelantan, sampai ke hospitalputrajaya dalam tengah hari, dia cuba tengok sikit , dah jari boleh bergerak sikit, saya share vedio di bawah nanti… dan masa itu juga dia terus betulkan muka saya, Alahamdulillah berjaya, hampir sempurna masa tu.
selepas urut hari pertama
jari je yg boleh bergerak tangan belum boleh angkat masa tu
dan bermulalah perjuangan saya untuk kembali pulih
Antara posting Tuan Hamda di FB
Progress hari ini . Jari dpt gerak laju sikit.teriam kasih pada ahli keluarga jauh Dan dekat yg berikan semangat. Adik Dan isteri yg menjaga melayan dan merawat. Sahabat sahabat Dan jiran yg ziarah Dan mendoakan Dari jauh Dan banyak memberi sokongan. Dan boss dato nasir lama meluangkan masa . InsyaAllah doa kalian akan dibalas kebaikan Oleh Allah. Mohon semua terus dapat berdoa Moga saya dapat bergerak semua Dan cepat senbuh semoga lepas ini saya dapat menjadi hanbaNya yg patuh utk setiap perintah  Video : 17 januari
19 January · 

My progress.. saya telah DC Dari hospital putrajaya Dan kini buat rawatan sendiri dirumah Urut Dan bekam. Terima kasih to my friend Dato Norhaidi Yunus Dan rakan rakan yang yang mencadangkan rawatan direhabilisasi di hospital cheras. InsyaAllah saya akan mula rawatan disana pada 23hb ini. Kemudian saya akan balik ke kelantan kg salor kota bharu mungkin untuk Tempoh yg lama untuk rawatan lanjut. Saya mohon maaf tidak dapat respon Kat group group WhatsApp dan Fb. Inya Allah kalau keadaaan bertambah baik saya akan update status Dan respon Kat fb & WhatsApp. Doakan Moga saya kembali dapat bergerak Dan dapat bergerak Dengan cepat. I love you all.

Klik sini untuk anda lihat carita tuan hamda seterusnya >>>>>  cerita hamda <<<<<<<

 Terima kasih pada semua sahabat, teman dan keluarga yang banyak memberi semangat dan sokongan. tak terucap dengan kata kata tapi in deep in my heart saya amat bersyukur mempunyai kamu. Moga silaturahim dan ukhwah antara kita berkekalan dan berterusan dan saya mendoakan kesejehteraan semua.

 

Nanti dulu bro. Kau semak checklist abang ni dulu sebelum buat keputusan.

1. Dah minta petunjuk Allah?

Abang bukan nak berlagak ustaz dik. Keputusan kau nak buat ni bukan main-main. Kalau kau muda lagi takde komitmen hidup, takde anak bini nak kena tanggung, sukahati kau lah.

Kalau dah ada tanggungan, besar tanggungjawab kita ni. Cuba solat istikharah. Minta petunjuk Tuhan.
.

2. Ada saving untuk cover komitmen bulanan kau untuk sekurang-kurangnya 6 bulan?

Bukan abang nak takutkan kau. Meniaga ni bukannya untung 24 jam. Silap haribulan rugi 48 jam.

Komitmen bulanan wajib dibayar setiap bulan.

In case perniagaan kau tak berjalan seperti yang kau harapkan, macamana kau nak cover overhead bulanan kau kan?
.

3. Pernah konsisten berniaga?

Berniaga ni ibarat kerja makan gaji juga. Kau kena kerja hari-hari. Bukan skim cepat kaya. Letak duit lepas tu tunggu duit masuk bulan-bulan.

Sepak terajang dalam bisnes ni lain macam bro. Silap haribulan hilang semangat hidup kau nanti.

Jika kau belum pernah berniaga secara konsisten, elok cuba berniaga part time dulu. Cuba istiqamah. Dapatkan tune. Bila kau nampak potensi sebenar baru cuba buat fulltime.
.

4. Semangat kau kuat tak?

Nak kena berdepan dengan rejection. Orang kondem bisnes kau. Bila produk kau tak laku. Macam-macam hal lagi kau kena berdepan.

Orang berniaga hati kena kental.

Tak boleh lemah semangat. Tak boleh lari dari masalah. Kena hadap semua.
.

5. Ada cukup ilmu?

Ya betul. Nak buat sesuatu jangan tunggu sempurna. Sampai bila pon takkan cukup.

Tapi kita perlu ada sedikit sebanyak ilmu. Setidaknya cukup untuk perjalanan bisnes kita.

Kau kalau tak tau apa. Semua benda kau nak hentam saja. Semua pon mau kasi langgar. Penat bro. Banyak dinding kita nak tempuh kat depan ni.

Elok persiapkan diri, isi dada kita dengan ilmu dulu.
.

6. Kau kena ada banyak plan.

Atas kertas memang nampak mudah bro. Kalau satu produk untung RM5. Kau jual 10,000 unit sebulan dah dapat RM50,000.

Wah kaya.

Memang kaya kalau jual 10,000 unit. Kalau jual 30 unit sebulan kau nak makan apa dol?

Itu pentingnya banyak plan. Tak jadi plan A kau buat plan B. Kalau sampai plan Z pon tak jadi jugak elok kau mandi bunga.

Kahkah.
.

7. Sedia untuk kembali makan gaji?

Bila plan A sampai Z kau tak jadi, mandi bunga pon tak jadi.

Kau dah penat. Duit saving pon mula kering.

Apa pilihan kau ada selain dari kembali bekerja makan gaji?

Kau akan berdepan dengan 99 kata-kata perli yang sinis dari kawan-kawan dan saudara mara kau.

Kau tak segan?
.

Amacam?

Agak-agak boleh lepas senarai checklist abang di atas?

Kalau rasa boleh lepas, abang ucapkan selamat datang. Welcome to the club.

Abang doakan kau berjaya menjadi usahawan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

credit : Syukor Majid a.k.a abang pada artikel di atas

Beberapa minggu lalu.

@hourloft x Digital painting 2 hours # unsangkarable discussion.

Alhamdulillah, dapat berjumpa dengan org yg hebat di tempat yg hebat.
.
Owner yg sentiasa merendah diri, pengalaman dlm bisness memang superb. Tu belum dia cerita bab pengalamab dia dalam industri training lagi…
.
Kami yg baru bertatih ni, aduh rasa kecik sangat.
.
Org lain cuti, jalan-jalan, kami disini sebentar, berdiskusi berkenaan perancangan training yang bakal berlangsung kelak. Insyallah.
.
Doakan kami & team Digital painting semoga success dan terus berpeluang kongsikan ilmu, dalam bidang grafik & video buat semua orang.
.
Amin.

#unsangkarable #hourloft #dgitalpainting

@hourloft @dgitalpainting

Tshirt Greenaders

Posted May 19th, 2017. Filed under logos

satu lagi langkah memperkenalkan brand unsangkarable terhasil dengan sedikit sumbangan kepada ahli ahli the Greenaders seramai 100 lebih orang.

kepada ahli ahli greenader… korang boleh le amik baju korang hari nie pada admin yang bertugas ek … heheh

 

terima kasih semua.. harap korang semua berpuas hati ek dengan design ini … go greenaders

www.amreel.com

dari tentenra jadi bilionair >>> klik sini

2017

Posted January 24th, 2017. Filed under events logos promo item

Salam semua ….

mungkin agak terlambat untuk aku mengucapkan selamat tahun baru pada semua. btw dah lama juga aku tak update blog nie.. maklumle bz sesangat..
alhamdullliah permulaan yang baik untuk tahu 2017 ni … jersey yang dijanjikan pada karangkraf ft dah pun aku hantar .. n dah dipakai… so far so good … respond dari players kata cun.. ntah .. cun ke tak ?

1st game with new jersey 2017

ni lah hasilnya… hasil kerjasama brand aku UNSANGKARABLE.. dengan 3 lagi co sponsor.. tq guys..

tapi 1st game macam biasa … kalah hahah..

so takat nie je lah ya… harap ada lagi cerita menarik tahun ni….

wassalam

-amreel-

 

 

NUJABA @ SINAR HARIAN

Posted June 16th, 2016. Filed under logos

Salam semua… nie artwork raw file dari client tapi kena buat baru balik… starting dengan hpage iklan + write up belah atas.. pastu beberapa hari kuar yang fullpage lak…  tak tahu le sedap ke tak.. tapi iklan nie sedap mata aku memandang.. kuar kat paper pun color cun …

Designer : amreel

NS DAIRY MILK @ SINAR HARIAN

Posted June 16th, 2016. Filed under logos

susu nie.. aku tak pernah tgk kat market.. mungkin sebab aku nie jarang pergi market kot… nie rasa nye amik macam kurang 12 jam buat kot…. ntah tak ingat… medium psd … indd…. kuar sinar harian gak.. sekali jalan ngan advertorial dia..

Designer : amreel

NIRWANA CATERER @ SINAR HARIAN

Posted June 16th, 2016. Filed under promo item

ok tak design nie… agak agak kalu aku cakap kat owner dia… aku dapat diskaun tak majlis kawen aku  eheheh

designer : amreel

PTPTN @ SINAR HARIAN

Posted June 16th, 2016. Filed under promo item

PTPTN punya artwork kuar kat sinar harian… ada yang kena edit balik.. ada yang kena buat baru….tapi aku tetap kena bayar tiap tiap bulan… tak ada cable ek.. hehehe

designer : amreel

     

artwork : advertising dept booth
designer : amreel

RESIGN

Posted January 15th, 2015. Filed under promo item

 

artwork : resign
designer : amreel

Event : “Foodfest”

Posted November 14th, 2014. Filed under events

designer : amreel

Promo : TYRA advertorial

Posted November 14th, 2014. Filed under promo item

artwork : tyra advertorial
publish : sinar harian
designer : amreel